Jul 4, 2011

AutoXTen Malaysia - Review Terakhir Sebelum Tarikh Pelancaran

AutoXTen Malaysia - Review Terakhir Sebelum Tarikh Pelancaran

Hebat...Autoxten menggegar dunia! Satu rekod baru Pra Pelancaran dimana penyertaan ahli hampir 100 buah negara secara serentak. Anda boleh lihat sendiri data 'traffic' secara live DISINI

Mengikut info yang saya terima, proses upgrade akan bermula pada bila-bila masa sahaja. Setiap ahli akan diberi tempoh 72 jam untuk upgrade sebelum matrik sebenar 4X4 Fasa1 bermula. Anda diminta bersedia terutama membuka akaun Alertpay untuk proses pembayaran kerana buat masa ini belum ada info terbaru berkenaan kaedah pembayaran lain.

Review Terakhir Sebelum Tarikh Pelancaran :

1. Pemilik Syarikat adalah terdiri daripada 3 orang yang amat berpengalaman dalam bidang network marketing serta mempunyai perniagaan mereka sendiri. Jeff Long, Scott Chandler dan Brent Robinson adalah individu yang sangat dikenali dikalangan networkers di US serta berpengalaman dalam bidang internet marketing.

2. Setakat ini latarbelakang syarikat masih belum dinyatakan secara jelas terutama tetapi ini adalah merupakan suatu perkara biasa bagi sesuatu program affiliate diinternet terutama ketika proses pra pelancaran. Namun pemilik program Autoxten.com ini tidak menyembunyikan identiti mereka dan ini merupakan sesuatu yang amat positif.

3. Walapun angka penyertaan begitu besar setakat ini, ianya belum memberikan impak yang sebenar kerana proses pendaftaran adalah secara percuma. Kebiasaannya 5%-10% sahaja yang akan upgrade sewaktu pelancaran dan baki selebihnya masih dalam senario biasa...'tunggu dan lihat dahulu'. Bagaimana pun ramai menjangkakan lebih 60% akan upgrade kerana mungkin disebabkan yuran penyertaan adalah murah.

4. Produk yang dinyatakan setakat ini hanyalah untuk Fasa1 tetapi melalui updates dan conference call, semuanya akan dapat diketahui ketika pelancaran nanti. Walau bagaimana pun produk untuk Fasa1 tersebut secara dasarnya amat berguna untuk pemasaran internet dan network marketing. Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana belum melihat dan membaca sendiri isi kandungannya.

5. Pelan Pemasaran Sistem Follow Me Matrik 4X4 adalah berdasarkan pergerakan di dalam setiap ROW atau TIER secara real time. Setakat ini pihak syarikat telah memberi jaminan bahawa sistem dan program tersebut sudah melepasi proses ujian teknikal kerana bukanlah mudah untuk ianya berfungsi secara auto kerana aspek teknikal yang terlalu detail dan amat sukar diprogramkan.

6. Syarat untuk anda layak ke FASA1 hanyalah dengan mempunyai 4 orang di Level 1 anda samada secara direct atau pun spillover. Bagaimana pun setakat ini, kita hanya boleh melihat ahli di dalam hiraki tajaan sendiri sahaja. Jadi bagi anda yang belum membuat sebarang penajaan, jangan terkejut jika melihat senarai hiraki anda masih kosong. Cuma ingin saya ingatkan disini, untuk berjaya anda perlulah berusaha sendiri, jangan terlalu bergantung kepada upline dan orang lain. Jika anda mendaftar mungkin kerana terpengaruh dengan cerita spillover dan tanpa menaja, maka nasihat saya, segeralah buka langkah anda sekarang. Berusahalah kerana anda sebenarnya membantu ramai sahabat mendapatkan sejumlah wang tambahan melalui satu program yang teramat mudah ini.

7. Jika anda telah layak ke FASA1, maka anda akan mengikut penaja anda didalam ROW1 beliau sekiranya beliau masih belum berada di ROW2. Tetapi jika keadaan sebaliknya berlaku anda akan mengikut sesiapa sahaja ahli yang terhampir di dalam kumpulan beliau yang layak dahulu daripada anda. Sesiapa sahaja ahli dalam kumpulan besar upline anda boleh mengisi ROW1, ROW2, ROW3 dan ROW4 anda dan inilah yang dikatakan LIMPAHAN SEBENAR YANG MENGHASILKAN PENDAPATAN SECARA REAL TIME UNTUK ANDA TANPA ANDA SEDARI!


8. Jika ada ahli yang sudah penuh ROW4, maka secara automatik beliau akan layak ke FASA2 serta masuk semula atau 're-entry' ke ROW1 FASA1. Kaedah ini secara tidak langsung akan membantu ahli yang terkemudian pula. Jadi anda tidak perlu risau dimana anda bermula tetapi berapa pendapatan yang anda mahukan!




9. Bagaimana pula anda mampu mencipta pendapatan yang lebih besar? Ini adalah kelebihan pelan Autoxten ini kerana anda akan menerima 50% BONUS PENAJAAN untuk pendapatan setiap ahli tajaan anda sendiri. Bayangkan jika anda menerima 50% daripada jumlah diatas daripada setiap seorang dari mereka.
WOW! Siapa sahaja yang waras tidak mahu kerja kuat disini!!!

10. Bayaran keahlian adalah sebanyak US10 @ RM32 sahaja. Tetapi jika anda ada wang lebih, mungkin untuk US150 @ RM460 adalah lebih sesuai untuk anda kerana ia akan mempercepatkan anda layak ke FASA1 dan mula menerima pendapatan seberapa segera tanpa perlu menunggu ahli tajaan anda upgrade atau  cukup 4 orang. Semuanya terpulang kepada anda...

Secara ringkasnya program Autoxten ini memang teramat menarik terutama bagi anda yang belum pernah berjaya di dalam program mlm atau pun affiliate yang pernah anda sertai sebelum ini. Dengan bayaran keahlian yang rendah serta KUASA LEVERAGE pelan pemasaran Autoxten pasti akan membantu sesiapa sahaja terutama mereka yang bekerja keras selama ini. DAN ini sememangnya jarang terdapat di Syarikat lain yang sebelum ini banyak menggunakan WIDE MATRIX dimana semakin besar MATRIX tersebut semakin kecil peluang anda untuk menerima pendapatan.

KUASA LEVERAGE AUTOXTEN : EVERYONE BENEFIT FROM EVERYBODY EFFORT!


Sekiranya anda masih lagi memerhatikan perkembangan bisnes dan program Autoxten ini, anda boleh tunggu sehingga selepas tarikh pelancaran. Jika segalanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan, saya syorkan anda segera mengambil langkah yang sewajarnya...jangan tunggu lagi!

Salam dan tahniah kepada semua yang telah berusaha keras selama ini. Semoga dilimpahkan rezeki untuk anda!

No comments: