Jul 17, 2011

Autoxten Malaysia - Autoxten Telah Selamat Dilancarkan!

Setelah hampir sebulan menunggu akhirnya, Autoxten telah pun selamat dilancarkan. Ada yang gembira dengan hasil mereka setelah berusaha keras dan ada yang merungut kerana tidak mendapat bonus seperti yang diharapkan.

Itulah lumrah dunia networking terutama pelan yang menjanjikan pendapatan tanpa perlukan penajaan dan sebagainya. Autoxten telah berjaya melakukannya semasa 'Pra Pelancaran'. Hanya dengan promosi US10 boleh menjana US11K berulang-kali menarik hampir 80,000 ahli pra daftar. Buktinya setelah seminggu sebanyak US700K pembayaran komisen telah dibuat. Mungkin ianya merupakan satu rekod!

Namun ada beberapa perkara yang ingin saya tekankan disini setelah hampir seminggu Autoxten dilancarkan terutama mengenai pelan pemasaran, kaedah pemasaran dan limpahan atau spillover yang digembar-gemburkan selama ini.

1. Pelan Pemasaran Sebenar Autoxten

  • Ramai agak terkilan kerana hanya setelah selepas pelancaran barulah pelan pemasaran sebenarnya diterangkan secara terperinci. Di US sendiri ramai ahli yang merungut, membuat pelbagai komen dan komplain kerana kurang memahami pelan pemasaran yang sebenarnya. Tetapi rungutan itu kebanyakannya datang daripada mereka yang mengharapkan 'wang besar' dengan hanya  duduk diam sahaja.
  • Pelan pemasaran Autoxten masih tidak berubah cuma mulai sekarang ianya dipermudahkan lagi. Anda boleh merujuk kepada video penerangan dibawah ini buat sementara waktu. Saya akan berikan penerangan secara terperinci kemudian nanti.
  • Video : GUNA LINK INI UNTUK VIDEO PENERANGAN LANJUT

  • Secara ringkasnya sedikit penambah baikan keatas pelan Autoxten :
  1. Anda terus dapat bonus US10 bila ahli pertama level 1 anda upgrade (tak perlu tunggu 4 untuk layak)
  2. Jadi sekarang lebih mudah...sponsor atau spillover Seorang Ahli anda sudah balik modal!
  3. Ahli kedua upgrade - US10 adalah bayaran terus kepada admin kerana pelan Autoxten adalah 100% Payout!
  4. Manakala bonus ahli Ke-3 dan Ke-4 (US20) adalah untuk bayaran upgrade ke Level2.
  5. Level 1 - Anda terima US10 untuk setiap ahli level 1 (4 x US10)
  6. Level 2 - Anda terima US10 untuk setiap ahli Level 2 Anda yang telah 'complete' Level 1 (16 x US10)
  7. Level 3 - Anda terima US20 untuk setiap ahli Level 3 Anda yang telah 'complete' Level 2 (64 x US20)
  8. Level 4 - Anda terima US40 untuk setiap ahli Level 4 Anda yang telah 'complete' Level 3 (256 x US40)
  9. Bonus Matching 50% adalah untuk pendapatan ahli tajaan Anda untuk Level 2, 3 dan 4 sahaja!


2. Limpahan Downline atau Spillover
  • Inil lagi satu rungutan yang berlaku sehingga kesaat ini. Ramai yang tidak berpuashati kerana tidak mendapat limpahan seperti yang diharapkan walaupun upline mereka antara yang berada didalam leaderboard. Limpahan memang berlaku cuma ianya mungkin bergantung kepada nasib. Jika anda berada dibawah ramai "direct upline' yang aktif spillover ini pasti berlaku. Tetapi jika anda jatuh dibawah upline kumpulan yang duduk diam sahaja maka perkara sebaliknya akan berlaku. 
  • Walaupun hanya matrik 4x4 sahaja, tetapi anda perlu faham kerana didalam 'sponsor hiraki' ianya akan berkembang secara infiniti. Jika anda sudah jatuh didalam level 3 kebawah dan berada dibawah placement ahli yang 'tido' didalam hiraki penaja anda, mungkin agak sukar atau lambat untuk anda mula mendapat spillover.

3. Kaedah Pemasaran - Hanya leader sahaja yang banyak 'buat duit' dengan Autoxten?
  • Autoxten, walaupun pelan pemasaran terlalu mudah dan sesiapa sahaja boleh berjaya tetapi seperti juga program yang lain, hanya leader atau pemimpin sahaja yang buat duit besar. Kita tidak boleh salahkan mereka kerana mereka ini memang 'true leader' atau pemimpin sebenar dan bekerja keras sepanjang masa. 
  • Kebanyakan leader yang berada didalam 'leader board' Autoxten adalah terdiri daripada yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan network mereka sentiasa berkembang. Mereka mengambil inisiatif dan menyediakan berbagai tool dan platform untuk kemudahan ahli kumpulan mereka membesarkan network Autoxten.
  • Inilah perkara 'asas' yang tiada bagi kebanyakan 95% ahli yang sentiasa gagal didalam mlm atau network marketing. Jika kita cuma dan terlalu mengharapkan orang lain, pasti kita tidak akan kemana-mana walaupun dengan program yang semudah Autoxten ini.

4. Produk-produk Autoxten
  • Saya masih belum habis membaca dan mendengar semua 'audio dan video' tersebut secara terperinci. Tetapi apa yang ingin saya tekankan, produk-produk yang diberikan tersebut amat berguna untuk menambahkan ilmu didalam bidang pemasaran (networking, affiliate dan lain-lain) samada di internet ataupun secara offline. 
  • Walau bagaimana pun produk-produk dan tool di dalam pelan 'Freedom Phase' belum dikeluarkan lagi oleh pihak Autoxten. Menurut Jeff Long dan juga pihak Autoxten, mereka sedang menyiapkan sesuatu yang amat berguna dan bernilai kepada setiap ahli Autoxten. Mungkin anda juga boleh subscribe untuk pelan "Freedom Phase' ini kemudian nanti.

Untuk mereka yang masih mahu meneruskan Program Autoxten yang mudah ini, ada beberapa strategi yang kita boleh gunakan untuk mempercepatkan Matrik 4X4 tersebut. Ini termasuk bagaimana menggunakan PAY IT FORWARD (X-Codes) untuk memaksimakan pendapatan anda dan juga membantu ahli kumpulan anda.

Untuk sesiapa yang berminat, bolehlah mengisi borang email 'opt in' yang terdapat di "sidebar". Anda akan menerima updates terkini Autoxten dan juga berbagai tips dan cara lain untuk menjana pendapatan di internet. Ada banyak program affiliate yang 'genuine' dan percuma untuk anda menambahkan lagi pendapatan di internet. Saya juga akan berkongsi kaedah menjadi affiliate Amazon, Clickbank, Plimus dan cara untuk mempromosikan produk-produk mereka.
Nota : Anda tidak perlu bayar terus US150 buat masa sekarang kecuali anda mahukan mendapatkan segera kesemua produk FASA1 tersebut.

Bagi yang berminat dan belum mendaftar Autoxten, boleh membuat pendaftaran anda disini

Jumpa lagi.

Jul 11, 2011

Autoxten Malaysia - U Will Never Walk Alone

Tahniah kepada para sahabat yang telah mendaftar dan upgrade sebagai paid member. Esok sekitar jam 12 tengahari kita sudah tengok berapa bonus yang dapat (kalau ada...hehe!).

Apa pun Autoxten akan terus menjadi satu 'platform istimewa' mencipta pendapatan tambahan di internet. Inilah jaminan yang diberikan oleh Jeff Long, Scott dan Brent. Tetapi ini semua memerlukan sokongan daripada semua ahli.

Untuk memudahkan lagi anda berjaya dan berpeluang bergaul serta menimba pengalaman daripada ramai 7 Angka Mlmers, anda semua dijemput untuk menyertai Autoxten Club secara percuma melalui link dibawah ini :

AUTOXTEN : U WILL NEVER WALK ALONE

Semoga Impian Kita Menjadi Kenyataan!

Watch A Very Good Self Inspritional Motivation Video By Capt Mika

Jul 9, 2011

AutoXTen Malaysia - Berita Baik Sebelum Pelancaran Autoxten.com

Hanya ada tidak sampai 24jam untuk kita memulakan satu sejarah baru dalam dunia affiliate networking diinternet. Autoxten PASTI akan MENCIPTA SEJARAH baru!

AutoXTen Malaysia - Berita Baik Sebelum Pelancaran Autoxten.com

Disini ada beberapa isu dan berita baik yang mungkin perlu anda tahu dan renungkan sebelum menyertai Autoxten. Jadi lebih baik saya mulakan dengan berita baik dahulu.

1. Kelayakan Tanpa Menaja. 
  • Jika anda belum mempunyai penajaan dan atau tidak mahu menunggu spillover, pihak Autoxten telah menyediakan peluang untuk anda layak terus ke FASA1 secara terus. Caranya amat mudah :
  • Anda perlu bayar keahlian US10 dan kemudian anda dibenarkan untuk membeli terus ROW1 dengan menambahkan bayaran sebanyak US10 lagi. Begitu juga anda boleh menambah US20 lagi untuk terus layak mendapat bonus di ROW2 pula secara terus.
2. Freedom Phase
  • Ini merupakan satu lagi plan tambahan dengan produk yang berbeza, cuma belum dinyatakan secara terperinci oleh pihak Autoxten. Tapi saya percaya dengan pengalaman mereka dalam internet marketing, produk-produk ini merupakan 'marketing tool' dan amat berguna kepada anda untuk memudahkan anda berjaya dalam bidang pemasaran di internet.
  • Anda perlu maintain sebanyak US20 sebulan untuk menggunakan 'marketing tool' ini.
  • Anda berpeluang menerima komisen US1 untuk setiap level sehingga 10 level.
  • Anda juga berpeluang mendapat bonus matching hiraki direct sponsor sehingga 4 level.
  • Anda boleh lock posisi anda sekarang dengan membuat bayaran tambahan sebanyak US20.
  • Anda boleh berhenti pada bila-bila masa yang anda suka jika group anda tidak berkembang di plan ini.

3. Pay It Forward - X Codes

  • Ini merupakan salah satu cara untuk anda mengembangkan lagi network anda dengan mudah. Anda boleh membayar dahulu atau menolong rakan yang mungkin dalam kesempitan. 
  • Caranya amat mudah, setiap kali anda menerima bonus di FASA1 anda boleh membeli X-Codes ini untuk sesiapa sahaja yang anda mahukan tetapi anda perlu berikan syarat kepada mereka iaitu mereka juga perlu melakukan perkara yang sama apabila mula menerima bonus di FASA1 nanti. Jika setiap orang mampu membeli X-Codes kepada 4 orang lain, dengan secara tidak langsung network anda boleh berkembang dengan besar. 
  • Cuma belum dapat dipastikan bayaran balik kepada anda samada terus dibuat oleh pihak Autoxten atau sebaliknya.
Berita kurang baik...tak ada cuma ramai yang masih sangsi lagi terutama takut Syarikat tak bayar bonus dan sebagainya. Semua kemungkinan tetap ada, cuma bergantung kepada keyakinan dan unsur +ve / -ve yang ada didalam diri anda. Saya tidak mahu bercerita soal risiko dan semuanya terpulang kepada anda. Masih ada masa untuk anda untuk mengkaji latarbelakang Autoxten dan apa-apa sahaja informasi yang anda rasakan perlu sebelum menyertai Autoxten.com ini. Hanya ada 2 kemungkinan yang akan berlaku :
  1. Jika anda tidak upgrade sebelum masa yang ditetapkan anda mungkin hilang posisi awal dan juga peluang untuk terus menerima bonus di FASA1 secara terus.
  2. Jika anda masih mahu menunggu sehingga semuanya berjalan lancar mengikut perkiraan anda sendiri, pun tidak menjadi sebarang masalah cuma anda akan hilang sedikit keistimewaan seperti dinyatakan tadi. Itu sahaja!
PLAY SAFE OR PLAY SMART - U DECIDE!

Jumpa lagi selepas PELANCARAN nanti dan semoga kita akan mendengar banyak Berita Baik...

Jul 4, 2011

AutoXTen Malaysia - Review Terakhir Sebelum Tarikh Pelancaran

AutoXTen Malaysia - Review Terakhir Sebelum Tarikh Pelancaran

Hebat...Autoxten menggegar dunia! Satu rekod baru Pra Pelancaran dimana penyertaan ahli hampir 100 buah negara secara serentak. Anda boleh lihat sendiri data 'traffic' secara live DISINI

Mengikut info yang saya terima, proses upgrade akan bermula pada bila-bila masa sahaja. Setiap ahli akan diberi tempoh 72 jam untuk upgrade sebelum matrik sebenar 4X4 Fasa1 bermula. Anda diminta bersedia terutama membuka akaun Alertpay untuk proses pembayaran kerana buat masa ini belum ada info terbaru berkenaan kaedah pembayaran lain.

Review Terakhir Sebelum Tarikh Pelancaran :

1. Pemilik Syarikat adalah terdiri daripada 3 orang yang amat berpengalaman dalam bidang network marketing serta mempunyai perniagaan mereka sendiri. Jeff Long, Scott Chandler dan Brent Robinson adalah individu yang sangat dikenali dikalangan networkers di US serta berpengalaman dalam bidang internet marketing.

2. Setakat ini latarbelakang syarikat masih belum dinyatakan secara jelas terutama tetapi ini adalah merupakan suatu perkara biasa bagi sesuatu program affiliate diinternet terutama ketika proses pra pelancaran. Namun pemilik program Autoxten.com ini tidak menyembunyikan identiti mereka dan ini merupakan sesuatu yang amat positif.

3. Walapun angka penyertaan begitu besar setakat ini, ianya belum memberikan impak yang sebenar kerana proses pendaftaran adalah secara percuma. Kebiasaannya 5%-10% sahaja yang akan upgrade sewaktu pelancaran dan baki selebihnya masih dalam senario biasa...'tunggu dan lihat dahulu'. Bagaimana pun ramai menjangkakan lebih 60% akan upgrade kerana mungkin disebabkan yuran penyertaan adalah murah.

4. Produk yang dinyatakan setakat ini hanyalah untuk Fasa1 tetapi melalui updates dan conference call, semuanya akan dapat diketahui ketika pelancaran nanti. Walau bagaimana pun produk untuk Fasa1 tersebut secara dasarnya amat berguna untuk pemasaran internet dan network marketing. Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana belum melihat dan membaca sendiri isi kandungannya.

5. Pelan Pemasaran Sistem Follow Me Matrik 4X4 adalah berdasarkan pergerakan di dalam setiap ROW atau TIER secara real time. Setakat ini pihak syarikat telah memberi jaminan bahawa sistem dan program tersebut sudah melepasi proses ujian teknikal kerana bukanlah mudah untuk ianya berfungsi secara auto kerana aspek teknikal yang terlalu detail dan amat sukar diprogramkan.

6. Syarat untuk anda layak ke FASA1 hanyalah dengan mempunyai 4 orang di Level 1 anda samada secara direct atau pun spillover. Bagaimana pun setakat ini, kita hanya boleh melihat ahli di dalam hiraki tajaan sendiri sahaja. Jadi bagi anda yang belum membuat sebarang penajaan, jangan terkejut jika melihat senarai hiraki anda masih kosong. Cuma ingin saya ingatkan disini, untuk berjaya anda perlulah berusaha sendiri, jangan terlalu bergantung kepada upline dan orang lain. Jika anda mendaftar mungkin kerana terpengaruh dengan cerita spillover dan tanpa menaja, maka nasihat saya, segeralah buka langkah anda sekarang. Berusahalah kerana anda sebenarnya membantu ramai sahabat mendapatkan sejumlah wang tambahan melalui satu program yang teramat mudah ini.

7. Jika anda telah layak ke FASA1, maka anda akan mengikut penaja anda didalam ROW1 beliau sekiranya beliau masih belum berada di ROW2. Tetapi jika keadaan sebaliknya berlaku anda akan mengikut sesiapa sahaja ahli yang terhampir di dalam kumpulan beliau yang layak dahulu daripada anda. Sesiapa sahaja ahli dalam kumpulan besar upline anda boleh mengisi ROW1, ROW2, ROW3 dan ROW4 anda dan inilah yang dikatakan LIMPAHAN SEBENAR YANG MENGHASILKAN PENDAPATAN SECARA REAL TIME UNTUK ANDA TANPA ANDA SEDARI!


8. Jika ada ahli yang sudah penuh ROW4, maka secara automatik beliau akan layak ke FASA2 serta masuk semula atau 're-entry' ke ROW1 FASA1. Kaedah ini secara tidak langsung akan membantu ahli yang terkemudian pula. Jadi anda tidak perlu risau dimana anda bermula tetapi berapa pendapatan yang anda mahukan!




9. Bagaimana pula anda mampu mencipta pendapatan yang lebih besar? Ini adalah kelebihan pelan Autoxten ini kerana anda akan menerima 50% BONUS PENAJAAN untuk pendapatan setiap ahli tajaan anda sendiri. Bayangkan jika anda menerima 50% daripada jumlah diatas daripada setiap seorang dari mereka.
WOW! Siapa sahaja yang waras tidak mahu kerja kuat disini!!!

10. Bayaran keahlian adalah sebanyak US10 @ RM32 sahaja. Tetapi jika anda ada wang lebih, mungkin untuk US150 @ RM460 adalah lebih sesuai untuk anda kerana ia akan mempercepatkan anda layak ke FASA1 dan mula menerima pendapatan seberapa segera tanpa perlu menunggu ahli tajaan anda upgrade atau  cukup 4 orang. Semuanya terpulang kepada anda...

Secara ringkasnya program Autoxten ini memang teramat menarik terutama bagi anda yang belum pernah berjaya di dalam program mlm atau pun affiliate yang pernah anda sertai sebelum ini. Dengan bayaran keahlian yang rendah serta KUASA LEVERAGE pelan pemasaran Autoxten pasti akan membantu sesiapa sahaja terutama mereka yang bekerja keras selama ini. DAN ini sememangnya jarang terdapat di Syarikat lain yang sebelum ini banyak menggunakan WIDE MATRIX dimana semakin besar MATRIX tersebut semakin kecil peluang anda untuk menerima pendapatan.

KUASA LEVERAGE AUTOXTEN : EVERYONE BENEFIT FROM EVERYBODY EFFORT!


Sekiranya anda masih lagi memerhatikan perkembangan bisnes dan program Autoxten ini, anda boleh tunggu sehingga selepas tarikh pelancaran. Jika segalanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan, saya syorkan anda segera mengambil langkah yang sewajarnya...jangan tunggu lagi!

Salam dan tahniah kepada semua yang telah berusaha keras selama ini. Semoga dilimpahkan rezeki untuk anda!

Jun 19, 2011

Panduan Dan Peringatan Sebelum Menyertai AutoXTen

Mungkin ketika ini email dan facebook anda sudah mula dipenuhi dengan pujukan untuk menyertai AutoXTen iaitu satu program yang sedang hangat diperkatakan dan menjadi hit diinternet. Bagaimanapun ada beberapa panduan dan peringatan yang perlu anda ketahui sebelum menyertai AutoXten yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

  1. Anda perlu tahu team mana yang anda join.
  2. Anda perlu tahu siapa Upline Internasional Teratas yang membawa peluang ini.
  3. Anda perlu tahu kekuatan team beliau dan leader-leader dibawahnya.
  4. PASTIKAN mereka benar-benar faham bagaimana program ini boleh memberikan anda pendapatan.
Soalan ini adalah perlu dan wajib sebagai panduan dan peringatan sebelum anda menyertai AutoXTen kerana kesilapan penyertaan diperingkat awal akan mengurangkan dan melambatkan peluang untuk anda menjana pendapatan seperti yang diidamkan.

Walaupun spillover berlaku secara force matrik, tidak bermakna anda akan menerima limpahan downline tersebut secara global kerana anda telah berada ditempat dan posisi yang salah! Ini adalah program berkonsepkan 'Follow Me Matrik Recycler' dimana anda akan terus mengikut upline kumpulan anda untuk menjana pendapatan yang berulang kali di Fasa1 dan juga Fasa2.

Anda juga perlu tahu teknik :
  • Bagaimana mengelakkan anda terlepas kelayakan di Fasa1 satu walaupun sudah mempunyai 4 downline di Level 1 samada direct atau spillover.
  • Tidak hilang bonus matching 50% daripada pendapatan ahli tajaan anda dan mungkin kesemua tajaan terus beliau kerana sedikit masalah teknikal. 
  • Cara bagaimana setiap ahli didalam kumpulan anda akan mengucapkan terimakasih kepada anda sepanjang masa!
Sila merujuk terus kepada penaja atau orang yang mengajak anda dan ajukan soalan-soalan ini supaya anda tidak kerugian atau terkilan kerana tidak mendapat hasil seperti yang diharapkan. 



Jun 16, 2011

AutoXTen Malaysia - Tukarkan RM30 Kepada RM200,000 Hanya Bekerja Dirumah

Program AutoXTen FollowMe MatrikRecycler terbukti sungguh menarik. Dengan hanya bermodalkan RM30 anda mampu menghasilkan pendapatan berulang kali melebihi RM200,000 sebulan. Anda boleh melakukannya secara online dan bekerja dirumah sahaja. Tetapi yang lebih menariknya, anda juga boleh mendapat pendapatan sebanyak ini tanpa melakukan apa-apa kerja....??

Ya! Cuma anda hanya perlu tahu TEKNIK dan ASAS bagaimana FollowMe RecyclerMatrik ini berfungsi serta anda perlu tempatkan posisi anda seberapa segera DISINI.

Selepas itu anda sudah berpeluang menerima USD10, USD20 sehingga USD600 untuk setiap unit spillover di dalam AutoXTen FollowMe MatrikRecycler Global Dream Team. Tanpa Menaja, Tiada Maintain Bulanan!

Betulke? Apa maksud spillover atau limpahan downline yang akan menghasilkan pendapatan kepada anda?

Anda perlu bezakan, ini bukan seperti program Autoplacement ataupun Worldpool yang biasa kita dengar. Walaupun konsepnya hampir sama tetapi kaedahnya berbeza.

JANGAN ANGGAP SETIAP SPILLOVER YANG BERLAKU SELEPAS ANDA MENDAFTAR MENJANJIKAN PENDAPATAN SEGERA KEPADA ANDA! TIDAK....
LIMPAHAN DOWNLINE BEGINI BELUM MENJAMIN PENDAPATAN UNTUK ANDA DAN SAYA!
ANDA PERLU TAHU SPILLOVER DIMANA YANG AKAN MEMBERIKAN PENDAPATAN BESAR UNTUK ANDA. AWAS DENGAN JANJI SPILLOVER, SPILLOVER UNTUK ANDA KERANA KELAK ANDA HANYA AKAN BERPUTIH MATA!

Oleh itu sebelum mendaftar secara percuma, anda perlu tahu siapa dan team mana yang anda ikut didalam AutoXTen FollowMe MatrikRecycler. Pastikan mereka memberikan penerangan yang jelas kepada anda bagaimana sistem ini berfungsi. Supaya kelak anda tidak rasa teraniya terutama dengan cerita pendapatan tanpa menaja serta limpahan downline untuk anda.

Ok...setakat ini dahulu, jika anda belum mendaftar percuma dan ingin bersama team saya, sila lakukan pendaftaran melalui link ini : AUTOXTEN GLOBAL DREAM TEAM

Insyaallah saya dan mentor 7Angka Jutawan Dream Team akan sentiasa memberikan coaching dan panduan untuk anda berjaya. Saya juga sedang menyiapkan 'MANUAL' atau panduan mudah untuk diberikan kepada semua team leader didalam kumpulan saya. Anda boleh merujuk kepada mereka atau terus dengan saya.

Salam Sukses Untuk Pencari Peluang!



AutoXTen - Ringkasan Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Program AutoXTen

Sungguh hebat, Program AutoXTen.com sedang menggegar dunia Internet Network Marketing. Anda boleh lihat sendiri DISINI ramai leader-leader dari pelbagai negara sudah mula mengambil bahagian dan membawa ramai ahli-ahli mereka ke AutoXTen.

Bukan bermakna mereka meninggalkan bisnes mlm sedia ada (pindah kapal) tetapi kerana mereka tahu fungsi sebenar AutoXTen untuk memperkembangkan lagi bisnes mlm atau network marketing mereka.

Secara ringkasnya, apa yang perlu anda tahu tentang Program AutoXTen.com ini?

Dikalangan Network Marketer di US, program seperti ini dikenali sebagai 'feeder' program kepada bisnes mlm utama. Asalnya tertumpu kepada 'funded proposal' tetapi lebih menguntungkan pemilik ebook atau program feeder itu sendiri. Ianya bertujuan supaya anda mendapat sedikit untung walaupun prospek tidak menyertai perniagaan mlm anda.

Kemudian lahir pula program feeder yang dinamakan maximum leverage ataupun cash leverage. Idea ini mirip 'cash gifting' atau disini terkenal dengan program kutu ataupun wang pos. Tetapi caranya tetap berbeza dan diolah supaya tidak menyalahi undang-undang. Leader-leader di Malaysia juga pernah cuba mengetengahkan idea ini tetapi gagal kerana lebih dilihat menguntungkan mereka sahaja.

Konsep maximum leverage ini amat berjaya di US dan melahirkan ramai jutawan mlm 7 Angka kerana amat mudah dilaksanakan terutama untuk menaja dan membina rangkaian yang besar. Ianya bertujuan supaya prospek yang tiada modal atau kekurangan modal dapat menyertai bisnes mlm mereka setelah menggunakan program feeder tersebut. Amat mudah mencari prospek dengan modal permulaan 20 atau 30 dollar.

Sekitar March dan April tahun ini, lahir pula program feeder terbaru yang sudah mula menjadi sebutan dikalangan networkers kerana menggunakan pelan matrik recycler. ONE-X, modal cuma US5 amat menarik tetapi sehingga sekarang belum dilancarkan. Apa yang saya tahu, program feeder ini dipelopori dikalangan networkers sebuah syarikat mlm berkonsepkan 'silver dan gold' yang meletop di US sekitar 2 tahun lepas. Mungkin kerana terdapat percanggahan pendapat dengan leader syarikat lain, ONE-X belum dapat beroperasi.

Akhirnya tiba-tiba muncul pula AutoXTen dan terus menjadi hit dengan sedikit pembaharuan kepada matrik recycler. Tambah sedikit menjadi FollowMe MatrikRecycler. Ramai yang menunggu One-X terus terjun ke AutoXTen. Ada yang mengatakan One-X diubah menjadi AutoXTen supaya lebih terbuka kepada semua. Saat ini semuanya belum dapat dipastikan...kita tunggu update akan datang!

Teruskan membina Matrik Recycler anda bersama AutoXTen kerana potensinya amat besar!

Topik seterusnya lebih menarik kerana ramai yang tak faham bagaimana sebenarnya program matrik recycler ini boleh memberikan pendapatan yang besar serta memberikan multi residual income kepada anda.

Salam Sukses Kepada Yang Mencari Peluang!